Saturday 12 March 2016

GARAEDDEOK { Rice Cake}

Assalammualaikum. Hi.

Rice cake
Ni rice cake. Bukan cake yg dessert tu tau, Rice cake ni kebanyakkannya guna dalam dishes yang berat macam Spicy Rice cake (Tteokbokki)  Korean dishes. Rasa dia kenyal kenyal. Takpa, nnti aku share resepi yg paling org suka buat guna rice cake ni, Entry kali ni aku nak share macam mana nak buat rice cake ni. Halal dan bahan dia senang cari. Check this out!

GARAEDDEOK
{ Rice Cake}

Bahan- bahan:

2 cawan tepung beras
1/2 teaspoon garam
3/4 cawan air panas kalau guna microwave/ 1 cawan air panas kalau guna steamer
1 teaspoon sesame oil

Cara-cara:

Ada dua cara boleh guna Microwave atau Steamer.

Microwave

1. Campurkan tepung beras, garam dan air panas dalam bowl. Campurkan je tau.
2. Coverkan bowl tu dgn plastic wrap tapi jangan cover semua. Tinggalkan space sikit. Nak cover semua boleh tapi buat lubang sikit sbb nak release wap. Letak dlm microwave for 2 minutes.
3. Gaulkan dough rice cake tu dengan sudip kayu atau sudip nasi. Jangan guna sudip besi or sudu besi tau.
4. Lepas dah gaulkan dough tu, cover balik dgn plastic wrap tinggalkan sikit ruang dan masukkan dlm microwave for 2 minutes.
5. Spread 1/2 sesame oil on cutting board. Kalau nak guna olive oil pun okay. Optional. sbb fungsi tanak bagi melekat atas cutting board je.
6. Uli dough rice cake tu atas cutting board dalam 5 minit sampai betu betul sebati.

Steamer

1.Campurkan tepung beras, garam dan air panas dalam bowl.
2 Gaulkan dan letak bowl of rice cake dough tu dalam steamer rack. Jgn lupa letak kertas minyak sekali tau. Steam for about 25 minutes over high heat.
3. Spread 1/2 teaspoon sesame oil/olive oil atas cutting board.
4. Uli dough rice cake tu atas cutting board dalam 5 minit sampai betul betul sebati. *hati-hati sbb dough tu panas tau.

Lepas dah siapkan rice cake ikut method salah satu yang kat atas. so, lets proceed to the next level:

1. Potong dough rice cake into 8 equal pieces, roll setiap pieces tu kepada 4 inch long cylinder shaped rice cake.
2. Letakkan 1/2 teaspoon sesame oil/olive oil atas tangan dan sapukan sesame oil/olive oil kat rice cake yang dah diroll kepada 4 inch sbb nak shining dan takmau bagi melekat.

Okay, Rice Cake dah siap! Selamat Mencuba :)

THANK YOU FOR YOUR TIME :)


Thursday 10 March 2016

VACATION LANGKAWI {PART 2}

Assalammualaikum. Heeeeeeee Hi.

Meh jom iolls nak sambung part 2 pulak.

 So, the next day hari Ahad pukul 9 pagi lepas breakfast we are heading again to Langkawi Cable Car. Kami sampai agak awai but the same scenario happens again. Queue nak baris untuk beli tiket yeah still panjang dan ramainya orang. Nampaknya tak jadi lagi nak naik cable car *sobsobs  So dengan hampanya kami gerak pi tempat lain and  Abah and Ibu said "chill guys takpa nnti ada  rezeki kita mai lagi. Langkawi ni tak lari mana kan" hehehe. So next, we are heading to Underwater World Langkawi. Tempat dia a bit huge and bestttttttt! Tempat ni mmg sesuai untuk animal lover. A lot of variety animal kat situ tapi kebanyakkanya aquatic animal lah. Comel, unik anddddddd paling penting ada peguin of madagascar hokayyyyyy. Comel sesangat! hahaha. Lama gak kami pusing dalam tu sbb besaqkan tempat dia.

Underwater World 

Seeeeeeee that so many cute peguins!
Okay dah habih pusing dalam tu, weolls sambung shopping! hahaha sbb Underwater World tu dia link dengan tempat shopping. So yeah never miss the chance untuk shopping guys! Lunch time, kami gerak cari kedai best best macam ikan bakaq, lauk kampung pehhhh memang kena dgn selera weh. Masak Lemak Ikan Patin, Asam Pedas, sambal belacan, ulam ulaman dgn mcm mcm lagi. Sapa sini favourite dia lauk kampung come on senyum sikit, kita geng weh! hahaha. Lepas lunch, kami balik resort packed barang and lepas Zohor baru check out. Sedihnya sbb the last day kami kat sini dgn banyak lagi tempat takpi. huhuhu. hmm takpa, ada rezeki sampai lagi. Langkawi tak lari kan? haha.

 Tiket ferry pukul 7. Masatu baru pukul 4.30 p.m, we still got time, so kami pi ronda ronda kat Pantai Cenang. Kat situ kami pekena Laksa Ikan Sekoq. Masatu laksa ikan sekoq tu mmg famous. hahaha. oh kena pandai cari kedai sama tau. Sebelum nak pi tu, research dulu cari feedback org so baru tau kedai yg mana okay.
Memang best sambil makan tgk view pantai yg cantik Subhanallah. Having a great quality time with family. Family bonding time, Alhamdulillah. Laksa Ikan Sekoq, you should try dude.

  Lepas Asar, singgah rumah sedara dannnnnn tibalah masa untuk balik huaaaaaaaa T_T Kami bertolak pegi jeti. Sampai je jeti, bawak turun luggage. Beratnya langkah nak balik. Tak lama tu, ferry sampai and Goodbye Langkawi ;) I do gain so many memories and quality time with my family.Thank you, Langkawi. See you when I see you*

THANK YOU FOR YOUR PRECIOUS TIME :)


Sunday 28 February 2016

VACATION LANGKAWI {PART 1}

Assalammualaikum. Hi.

Memandangkan ni first entry aku dalam newborn blog ni, so first let me introduce myself. Kenyit mata sikit *winkwink. Dah dah jom jom pi baca entry kat bawah tapi aku introduce nama ja lah sbb org selalu  nak tau nama ja pun. 
Nama aku Nor Syahirah binti Shaharuddin. Orang selalu panggil syerah dan aku orang utara *bunyifirework hahaha. Harap hampa boleh ngam dgn bahasa utara ni nah.
Sempena ni first entry (ecewah), aku rasa macam nak cerita pasal vacation aku pi Langkawi. Ni yg vacation yg paling fresh yg aku ingat sbb baru ja pi. Hahaha kita kena lah mulakan sesuatu dgn something yg happy baru ada mood nak move on dalam life sbb tu aku share pasai vacation sbb semua orang mesti suka vacation ken? ken? chill. Okay aku tau ramai yg dah pernah sampai sana tapi aku tak kira aku nak share jugak experience tu sbb sapa ja yang tak suka Langkawi kan? Everyone love to be there. Full of amusing place, people and definitely their food is the best for those who love to be a food hunting ninja chiaa chiaa like me. Yeah. Okay, ni entry untuk PART 1 yer.



Bismillah

So here, this is Langkawi world!

Dataran Helang 


Okay ladies and gentleman, we safely arrived at our destination Pulau Langkawi and please enjoy your trip!

 Aku dgn family pi Pulau Langkawi dalam 3day 2night. Sekejap ja vacation ni. Dia bila sekejap ja pi, maknanya tak semua tempat yg sempat dilawati *sobsobs sedih tapi apa pun Alhamdulillah selamat pi dan balik. Allah lindungi sebaiknya. Nak dijadikan cerita kami pi masa cuti Chinese New Year last year. Haaaaaa mai nak habaq mai masa cuti Chinese New Year orang seramai ramainya weh. Bayangkan masa nak queue nak naik feri kat jeti tu penuh weh penuh padat T_T Redha. Tup tap tup tap, lepas selesai cek tiket barulah dapat naik feri. So, feri tu pun depart dari jeti ke Pulau Langkawi. 

Lepas 1 jam lebih, weolls sampai. Dari jeti Pulau Langkawi tu, kawan my Abah yang ambik kami and took us to our accommodation place. Kami stay kat Tok Senik Resort Pulau Langkawi. That place is quite nice and so calm. Syiok! Sbb Tok Senik Resort ni style resort dia ala ala kat kampung. View tempat dia sangat cantik nak nangis! Tenang ja environment kat situ. Dipenuhi dgn flora yg menghijau. Sejuk mata. Oh oh, soft reminder, macam biasa. Sebelum nak pi vacation tu, booked lah bilik tu seawal yg boleh tau. kalau walk in, memang hampeh tadaknya bilik. Bila time cuti ni orang dia begini begitu haaa ramai betul. Kami sampai resort masa tu dah nak maghrib. Lepas dah settle registration kat reception table, terus pecut check in bilik. Letih betui lahai. Kat bawah ni aku paste kan gambor resort sebagai overview.

Tok Senik Resort, best recommended for you guys! serius!


Bilik

Bilik dia mmg selesa. My Abah booked dua bilik. Bilik dia bersambung means dari blik sebelah boleh pergi bilik sebelah. Ada pintu kat tengah tengah tu. Tapi boleh kunci ar pintu tu. Bilik dia fully kayu style mmg klasik. Actually booked satu bilik pun dah boleh muatkan 2 family tapi depends on berapa ramai ahli family masing masing lah.


Swimming Pool *splashsplash
Entrance Door


View bilik dari luar
View bilik dari luar
Cafe
Cafe resort yg style mcm gerai gerai dulu dulu. Mmg klasik. Makanan dia pun best! tapi aku selalu pi time breakfast ja.

Lepas dah siap bersihkan diri, solat Maghrib , solat Isyak, kami pun mulakan misi pi makan. So far, makanan yg aku dah try masa kat sini Alhamdulillah semuanya memuaskan. Daebak! Kat Langkawi ni kebanyakkannya seafood style. Kena pandai cari lah restaurant mana yg sedap. Lepas makan kami ronda ronda then terus balik bilik untuk refill balik energy untuk esok. Chiaaaa! Hahaha.

 Sabtu esok, lepas dah breakfast, kami pun start journey pergi ke tempat tempat yg best. Dalam kereta sewa tu ada sediakan buku maps dan list of best place yg patut kita visit kat Langkawi ni. First place yg kami pi adalah Langkawi Cable Car. Otw nak ke kaunter tiket Cable Car, kita kena lalu kat kawasan yang suasana dia macam heritage village cemtu. A lots of souvenir store there. A bad news for us is queue untuk beli tiket adalah sangat panjangggggggggg nak nangis. Sedih weh bila sampai sampai tgk barisan panjang sungguh. So, terus tak jadi. Kami decide untuk datang balik esok. *sobsobs.  Meh nak cerita sikit, cable car ni dia akan bwk kita pi Gunung Mat Chinchang which is kita boleh Skywalk dekat sepanjang Skybridge yg ada.

*[ footnote: ketinggian Gunung Mat Chinchang 701 meter dari aras laut/18 Degree Celcius]


Langkawi Cable Car
Lepas dah sedih bila tgk ramai org masa kat Cable Car, we move on to the next destination Makam Mahsuri. Actually Makam Mahsuri ni tak jauh pun dari resort tapi disebabkan kami gerak dari Langkawi Cable Car, so jauh sikit lah nak ke Makam Mahsuri ni.

The Legend place Makan Mahsuri
Tiket nak masuk is between RM5-10. First masuk nnti akan jumpa mini muzium pasal kisah sejarah Mahsuri ni dan ada jugak souvenir stall. Sambil sambil kita pusing dalam mini muzium tu, ada la sekumpulan gadis gadis ni depa main Gamelan. Masuk dalam lagi ada macam perkampungan Mahsuri dulu dulu.Ada rumah Mahsuri, Telaga Mahsuri, Makam Mahsuri dan dalam ni pun ada jugak mini muzium Mahsuri. Ada jugak org tempatan situ yang jual kuih tradisional. Lepas dah habis melawat Makam Mahsuri, kami pun pergi lunch dan balik resort. Lepas Zohor, kami gerak pi Kilim Geoforest Park.


Kilim Geoforest Park

Kat Kilim ni kalau kita nak pergi satu tempat ke satu tempat kita akan naik boat. Banyak aktiviti boleh buat contohnya eagle feeding, masuk gua & mcm mcm lagi. Overall best!
Next destination, Galeria Perdana. Galeria Perdana ni Galeria khas Tun Dr Mahathir dan isteri beliau Tun Siti Hasmah tau. Semua sejarah, latar belakang, kisah kisah Tun Dr Mahathir  dan isteri ada dalam Galeria ni.


Galeria Perdana
Interior design dalam Galeria Perdana memang cantikkkkkkkkkkkk. Serius weh, Aku masuk terus jatuh cinta dgn segala design dalam tu. Bahan bahan pameran dalam tu pun semua unik, cantik nak nangis! hahahaa



                                         

          


Tiga gambor kat atas ni antara variety of interior design yang cantik cantik yg buatkan aku jatuh cinta takmau keluaq dari Galeria ni. Memang lawa ah pattern dia. Besaq jugak Galeria ni ahahaha letih memusing dalam ni. Harga tiket between RM4-10. Lepas dah puas pusing Galeria, kami pun gerak ke Ismail Group! Shoppingggg time! shopping chocolate, luggage,cutlery set, pinggan mangkuk, fridge magnet, keychain & mcm mcm lagik. hahaha shopping sampai nangis. Masa ni ada sale, lagi berpinaq biji mata baq hang. haha. Then, habis ja shopping kita pi isi perut makan makan apa semua lespatu vroommm balik resort sbb penangan letih seharian berjalan. Zzzzzz tidoq charge energy balik:) Okay untuk part 1 sampai sini dulu. Part 2 is coming soon! Salam Alaykum. Bye!

THANK YOU FOR YOUR TIMES :)